PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997.

FUNGSI PTPTN :

  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Objektif penubuhan PTPTN ialah bagi memastikan Pinjaman Yang Efisien Disediakan Kepada Pelajar-Pelajar Yang Layak Mengikuti Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Selaras Dengan Hasrat Kerajaan Bahawa Tidak Ada Pelajar-Pelajar Yang Gagal Memasuki IPT Atas Sebab-Sebab Kewangan.

Untuk maklumat selanjut berkenaan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, sila layari laman web PTPTN.