Closed
Application Period Ended
MDEC - Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.
Syarat-syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur
- Umur 45 tahun dan ke bawah
- Pendapatan kelurga RM3,000/bulan dan ke bawah
- Menerima surat tawaran dari IPT (Universiti atau Kolej) di Malaysia
- Dikehendaki menghadiri temuduga dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah / Pengurusan Yayasan Pahang
Skim Pinjaman Pendidikan
- Sejumlah RM7,000/tahun untuk yuran pengajian dan elaun
Kelayakan Memohon:
- Peringkat Diploma - SPM 3A ke atas; ATAU STPM CGPA 2.5 ke atas
- Peringkat Ijazah - Asasi/Matrikulasi CGPA 2.8 ke atas; ATAU STPM CGPA 2.8 ke atas; ATAU Diploma CGPA 2.8 ke atas
*Memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
Bidang tajaan:
Semua kursus yang berkaitan dengan Teknologi Digital
Nota:
Pemohon hendaklah mendaftar dan menghantar borang permohonan melalui Digital Tech Education Fund. Sila melengkapkan profil sehingga 100% sebelum memohon skim pinjaman pendidikan ini.